Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum Bf's Readers

Esok 29/06/2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435  Hijrah.. Bf's ucapkan Selamat Berpuasa. Mari kita tingkatkan kualiti ibadat & amalan baik dibulan barakah ini. Semoga Bf's reader mendapat barakah & pahala yg berkali ganda..



Ribuan kemaafan juga dipohon jika ada admin Bf's tersalah & tersilap. 

Malam ni malam pertama kita bersahur. Jgn pula lupa untuk bersahur. 


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:

i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.



Bagi yang sibuk tetapi mahu mendapatkan nutrisi lengkap boleh la mencuba Shaklee Mighty 3 Gems ini. 

#Elak Dehidrasi
#Mengenyangkan
#Berkhasiat
#Bertenaga

Anda Berminat ? Hubung Saya


Hubungi Blog Fiyya's untuk mendapatkan set Kesihatan Shaklee anda, beserta dengan FREE CONSULTATION!
 msg/whatsapp: 0174014726/0133028827
 pm fb: alzamri / eyesyah
 COD: Shah Alam/Klang/KL




No comments:

Post a Comment